Terma-terma & Syarat-Syarat

Nota Khas

Pihak CIB Net Station ingin mengingatkan semua pengguna untuk membaca perjanjian ini dengan teliti. Para pengguna mempunyai hak untuk tidak mematuhinya (Perjanjian). Bimbingan dari pihak Ibubapa/ Penjaga adalah wajib sekiranya perjanjian ini dibaca oleh golongan bawah umur.

Para pengguna yang akur dengan perjanjian ini atau menggunakan perkhidmatan dari CIB Net Station menunjukkan bahawa, secara tidak langsung, para pengguna telah menyetujui segala terma-terma perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh pihak CIB Net Station dengan para pengguna, dan juga terhadap sebarang pindaan/ perubahan terhadap mana-mana terma-terma perkhidmatan oleh pihak CIB Net Station pada bila-bila masa yang perlu. Segala terma-terma perkhidmatan adalah tertakluk terhadap pindaan/ perubahan dari pihak CIB Net Station dan setelah ianya dimuatnaik ke dalam laman web, segala pindaan/ perubahan akan berkuatkuasa serta-merta.

Sekiranya para pengguna tidak menyetujui dengan pindaan/ perubahan yang telah dibuat terhadap perjanjian terma-terma perkhidmatan, para pengguna harus berhenti dari menggunakan jaringan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak CIB Net Station. Akan tetapi, sekiranya para pengguna ingin meneruskan penggunaan jaringan perkhidmatan dari CIB Net Station, para pengguna harus mematuhi segala pindaan/ perubahan yang telah dibuat terhadap perjanjian terma-terma perkhidmatan.

Dengan menyetujui perjanjian ini, bermakna para pengguna menyedari akan terma-terma dan akan lebih berhati-hati di dalam penggunaan segala perkhidmatan permainan dan juga perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan permainan yang disediakan oleh pihak CIB Net Station di mana ianya melibatkan dan tidah hanya terhad terhadap transaksi secara elektronik, penggunaan bahan-bahan E-Material milik CIB Net Station, dan segala kerosakan.

Sebelum mendaftarkan diri sebagai pengguna jaringan perkhidmatan CIB Net Station, para pengguna adalah dinasihatkan untuk membaca segala isi perjanjian secara terperinci dan penggunaan perkhidmatan yang secara berterusan akan menunjukkan bahawa para pengguna setuju dengan perjanjian ini.

1. Tanggungjawab terhadap ID/ Akaun yang didaftarkan

1.1 Apabila pengguna bersetuju untuk mendaftar, memasuki atau menggunakan akaun sah pengguna CIB Net Station (Akaun Pengguna), para pengguna perlu memberi maklumat peribadi yang lengkap, tepat dan benar; Para pengguna juga wajib membuat pembetulan terhadap maklumat diri yang tidak tepat untuk mengelakkan sebarang komplikasi dan pihak CIB Net Station tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komplikasi dialami pengguna akibat daripada kecuaian diri.

1.2 Berdasarkan Peruntukan Negeri terhadap Informasi Pengguna, para pengguna wajib membetulkan informasi yang salah seperti yang telah diwajibkan oleh pihak CIB Net Station . Akan tetapi, ia sepatutnya dilakukan dengan niat dan prinsip yang betul demi memastikan tiada kehilangan atau kerugian bagi pihak pengguna dan CIB Net Station.

2. Pengurusan Akaun dan Kata Laluan

2.1 Apabila melakukan pendaftaran akaun, pengguna harus memilih nama yang membolehkan staf CIB Net Station mengenali pengguna ("Account ID"). Pengguna tidak boleh mendaftar akaun dengan menggunakan nama orang lain atau nama yang menyalahi hak cipta pihak ketiga, hak cipta atau hak milik yang lain atau nama akaun yang boleh dianggap oleh pihak CIB Net station sebagai kesat dan tidak sopan.

2.2 Para Pengguna adalah dianggap bersetuju untuk bertanggungjawab terhadap segala tindakan yang diambil dalam penggunaan kata laluan yang telah ditetapkan (sama ada dengan, atau tanpa pengetahuan / kebenaran) dan bersetuju untuk melindungi kata laluan yang telah ditetapkan. Sekiranya gagal untuk melindungi kata laluan tersebut, ia akan membolehkan pengguna lain melakukan transaksi melalui laman web di mana tuan punya akaun dan kata laluan akan menjadi orang yang bertanggungjawab terhadap transaksi tersebut. Pihak CIB Net Station tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kehilangan (akaun atau kata laluan) yang mungkin mencabuli pengguna atau pengguna yang lain.

3. Kebenaran/ Larangan di dalam penggunaan perkhidmatan

3.1 CIB Net Station melarang sama sekali untuk para pengguna melakukan aktiviti yang tidak sejajar dengan perjanjian atau melanggar undang-undang. Ini termasuklah melanggar hak-hak yang sah, pemindahan bahan-bahan atau kenyataan-kenyataann lucah yang mampu mencabuli etika sosial, pemindahan atau penyebaran virus, transaksi atau pengiklanan yang menyalahi undang-undang, penyebaran informasi yang berbaur fitnah/ tidak benar, perbuatan-perbuatan jenayah dan lain-lain.

3.2 Para pengguna harus bertanggungjawab penuh terhadap segala tindakan dan aktiviti di dalam permainan dan CIB Net Station tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana perbuatan pengguna. Tindakan yang menyalahi undang-undang di dalam permainan akan membolehkan pihak CIB Net Station mencampur-tangan dengan serta-merta dan melaporkan isu berkenaan terhadap badan-badan keadilan dan berkenaan sekiranya perlu. Segala kehilangan/ kerugian akibat dari perbuatan pengguna harus digantikan/ dibayar oleh pengguna terhadap CIB Net Station.

3.3 Melalui perjanjian ini, para pengguna juga bersetuju bahawa segala transaksi melalui laman web atau perkhidmatan lain dari CIB Net Station akan dilakukan secara elektronik. CIB Net Station mempunyai hak untuk menyimpan rekod-rekod komunikasi melalui mana-mana platfom yang tertakluk di bawah CIB Net Station.

4. Kandungan terhadap segala perkhidmatan yang disediakan

4.1 Perjanjian ini merujuk kepada semua permainan terbitan CIB Net Station (disebut sebagai perisian selepas ini), di mana para pengguna memasang, mengguna, mempamerkan atau memainkan perisian pada satu unit komputer, server, stesen kerja atau peralatan elektronik digital yang lain-lain (secara amnya disebut sebagai "Komputer"). Perjanjian ini juga merangkumi semua perisian-perisian yang mampu di akses melalui alamat URL: http://mall.cib.com.my dan laman-laman web lain yang berkaitan yang dihasilkan dan disediakan oleh CIB Net station. CIB Net Station berhak untuk menukar alamat URL ke laman-laman web mereka dari semasa ke semasa.

4.2 Para pengguna tidak dibenarkan untuk mengubahsuai, menjurutera semula, mengubah, membuka, membuat salinan atau mengedarkan mana-mana data permainan atau perkhidmatan, atau menggunakan mana-mana perisian pihak ketiga untuk mengubah perisian program atau meningkatkan fungsi yang tidak didapati di dalam penetapan CIB Net Station. Semua perisian dan data yang berkaitan CIB Net Station tidak boleh diterbit semula atau dibangunkan tanpa kebenaran dari pihak CIB Net Station.

5. Pemilikan dan pengurusan IP

5.1 CIB Net Station mempunyai hak mutlak terhadap segala permainan dan perkhidmatan yang diterbitkan olehnya. Para pengguna tidak dibenarkan untuk menyalahgunakan kemudahan pendaftaran permainan, memasuki server dan melakukan aktiviti-aktiviti yang salah dari segi undang-undang, terhadap CIB Net Station dan pengguna lain.

5.2 Penafian Harta Intelek: Segala hak harta intelek terhadap perisian-perisian dan perkhidmatan lain-lain yang berkaitan, milik CIB Net Station yang merangkumi tetapi tidak hanya terbatas kepada yang bertulis, tetapi juga kepada segala kombinasi ikon, peta-peta, perhiasan, grafik, warna, Reka bentuk Antara-Muka, susun atur rangka kerja, data permainan, data pengguna, bahan-bahan bercetak dan juga dokumen-dokumen elektronik. Kesemua kandungan di dalam permainan dan laman web (termasuklah dan tidak terhad kepada nama permainan, program permainan, tema, jalan cerita, karakter permainan, babak-babak, bunyi, kesan khas dan lain-lain) seperti hak cipta, paten, cap dangangan, rahsia dagangan atau segala jenis hak-hak yang lain yang dimiliki oleh CIB Net Station. Para pengguna hanya berhak terhadap penggunaan peribadi terhadap perisian dan perkhidmatan secara tidak komersil.

6. Polisi Pampasan/ Pemulangan Syarikat

6.1 CIB Net Station dan syarikat-syarikat bersekutu tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan yang dialami oleh pengguna disebabkan isu teknikal yang tidak dapat dielakkan dan mungkin memudaratkan operasi rutin CIB Net Station.

6.2 CIB Net Station tidak menggalakkan pertukaran/ perdagangan barang maya melalui pihak ketiga demi mengelakkan isu-isu keselamatan dan pihak CIB Net Station tidak akan betanggungjawab terhadap transaksi barang maya yang dilakukan melalui mana-mana pihak ketiga. Para pengguna yang masih ingin menukar/ berdagang barang maya kepunyaan mereka melalui pihak ketiga atau secara persendirian/ "offline", harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala risiko kehilangan.

6.3 Para pengguna juga harus menyedari bahawa segala perkhidmatan yang disediakan oleh CIB Net Station adalah tertakluk kepada tarikh luput dan para pengguna yang mneggunakan dan mematuhi terma-terma, telah bersetuju bahawa setiap permohonan pampasan/ pemulangan adalah tidak akan dilayan sepanjang tempoh perkhidmatan.

7. Peningkatan/ Pemberhentian Perkhidmatan

7.1 CIB Net Station akan membuat pengumuman awal sekiranya rangkaian server harus di gantung untuk sementara waktu untuk pemeliharaan server atau peningkatan server. Akan tetapi, pihak syarikat juga berhak untuk menggantung atau memberhentikan rangkaian perkhidmatan (termasuk pemberhentian sewaktu permainan dijalankan) tanpa mengumumkan kepada pengguna terlebih dahulu.

7.2 CIB Net Station berhak untuk menggantikan, mengubah, meningkatkan perisian pengguna pada bila-bila masa dan juga berhak untuk menggantikan, mengubah atau meningkatan jumlah pembayaran. CIB Net Station juga berhak untuk memberhentikan perkhidmatan dari semasa ke semasa pada waktu-waktu biasa dengan atau tanpa notis terlebih dahulu demi menjalankan proses pemeliharaan.

8. Penjaminan Kerugian

8.1 Para pengguna bersetuju untuk menjamin kerugian, membela dan tidak akan membahayakan CIB Net Station, subsidiari, sekutu-sekutu, pengarah-pengarah, pegawai, pemegang saham, pekerja, ejen-ejen, pelanggan syarikat perkhidmatan, klien dan kontraktor dari segala kerugian, ganti rugi, tuntutan, kos and perbelanjaan (termasuk bayaran perkhimatan undang-undang) yang dituntut oleh mana-mana pihak ketiga yang berkenaan atau berpunca daripada penggunaan perkhidmatan dari pengguna, kandungan, pencabulan perjanjian terma dan pencabulan hak pengguna lain. CIB Net Station berhak untuk menggunakan apa-apa cara pertahanan dan pengawalan sekiranya terdapat permohonan pampasan dari pengguna, di mana ia tidak akan boleh menidakkan kewajipan penjaminan kerugian dari pihak pengguna.

9. Polisi Tarif

9.1 CIB Net Station berhak untuk menentukan polisi tarif dan cara-cara pembayaran untuk semua produk-produk dan perkhidmatan permainan terbitan CIB Net Station. Melalui perjanjian ini, para pengguna bersetuju bahawa lain produk dan perkhidmatan bermaksud berlainan jumlah dan cara pembayaran. Ini juga tertakluk kepada kes-kes seperti kepelbagaian peringkat produk-produk dan perkhidmatan yang disediakan akan menyebabkan tarif dan cara-cara pembayaran yang berlainan.

10. Polisi Perlindungan Data

10.1 CIB Net Station tidak akan mengeluarkan informasi-informasi pendaftaran tanpa kebenaran pengguna, di mana ia melingkungi nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat dan maklumat peribadi kepada pihak ketiga kecuali diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

10.2 Sewaktu pendaftaran, pengguna yang bersetuju untuk memberi segala maklumat peribadi atau sewaktu pengguna membuat perjanjian di antara CIB Net Station dan syarikat-syarikat bersekutu dan bersetuju untuk memberi maklumat penuh peribadi, pengguna akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko-risiko yang mungkin terjadi dan CIB Net Station tidak akan bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.